Sunday, August 22, 2010

Pusat Pelajar, UiTM Machang, Kelantan

Idealogi… 

Penyampaian dalam merekabentuk haruslah seiring dengan keinginan persekitaran dari segi politik, ekonomi dan juga sosial.

‘teratak minda’ hanyalah gelaran untuk bangunan cadangan. Persoalannya?

Bagaimana memaksimumkan penggunaan teratak minda? secara asasnya, adakah reka bentuk teratak minda boleh memberi keuntungan secara total kepada politik, ekonomi, social, masyarakat dan paling utama kepada pemilik itu sendiri.

Fungsi dan pengguna kepada bangunan mempunyai hubungan yang jitu dan ditambah dengan rekabentuk yang indah serta masih mencerminkan budaya masyarakat tempatan.

Rekaan yang memperbaiki kualiti kehidupan tanpa melupakan hak kebebasan pengguna dalam menikmati masa berehat, bekerja, belajar, membeli belah dan masa mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.




Fundamental…
Secara asasnya rekaan adalah berupa bentuk plastic,yang bermaksud rupabentuk yang terukir dan geometric.

Bentuk bumbung tinggi ataupun ‘tudor’ adalah penganti kepada bentuk kubah. Rekaan ini mempunyai maksud tersirat yang membawa kesedaran kepada kita tentang kekerdilan kita dari perbagai segi untuk dinilai dengan kekuasaan sang pencipta.

Maksud tersurat adalah kebagusan dari segi pengaliran udara, penuetralan antara udara panas dan sejuk dan juga pencahayaan.

Rekaan yang mempunyai penyampaian tersendiri dalam memberitahu persekitaran yang setiap insan mempunyai kapasiti yang sama dalam pembelajaran, walaupun mempunyai pemikiran yang berlainan tetapi memiliki keinginan dan perasaan yang sama apabila berada di dalam bangunan.



Konsep…
rekaan kuantiti dan qualiti tingkap dari segi saiz untuk membolehkan penuntut menikmati keindahan luar bangunan, menerima cahaya semulajadi dan mengadakan udara.

Ruang terbuka yang direka adalah untuk merapatkan pemahaman penuntut kepada alam semulajadi, dan walaupun mempunyai saiz yang sederhana tetapi memberi impak yang besar kepada pengaliran udara dan pencahayaan.

Setiap sudut direka bersegi untuk memberi keuntungan kepada penuntut untuk menikmati ruang dan pandangan dari sudut yang berbeza.

Rekaan yang menyediakan ruang-ruang hijau untuk memberi kesegaran kepada penuntut samaada ketika berada di luar ataupun di dalam bangunan.

bilik dan ruang menepati kehendak pengguna dari segi pergerakkan ada atau tanpa barangan, keselesaan sirkulasi dan hubungan antara ruang dengan ruang dan ruang dengan pengguna.

satu titik tengah yang mempunyai hubungan dengan semua jalan keluar untuk mengambil kira aspek keselamatan penuntut dan melimitasikan jarak antara bangunan persekitaran.

kepentingan dan kebersamaan hak OKU, penyediaan ramp laluan, susunan ruang yang mudah dan laluan keselamatan.

bumbung bergenting leper yang diseragamkan dengan persekitaran untuk memberi kepentingan sejarah dan sebagai elemen yang meberi kesan kepada pandangan.

lantai yang mengikut alunan tapak, bertangga untuk dijadikan sebagai elemen daya cipta yang ekonomikal bagi bangunan di kawasan tapak yang curam.







No comments:

Post a Comment