Monday, August 23, 2010

Penang Sentral

This was the 1st design concept proposal for Penang Sentral, personally, i still believe that the design still brilliant, simple and has strong criteria. 
building will be design into 2 zoning, main building is mainly for ground transportation such as busses, taxis and trains, shooping complex and parking area.

the other building will be concentrate on port activities, leasuring area (facing sea and on roof top), etc.
buildings will be devided by rail station which is act as connection to create convinience.


...and look at close up...








but unfortunately, due to budget concern, they have to think to other concept of design...

Bukit Raja - Club House

Layout Plan


Sunday, August 22, 2010

AntaraGapi

Shoplot...

Pertam, Melaka

CADANGAN MEMBINA & MENYIAPKAN SEBUAH BANGUNAN 10 TINGKAT YANG MENGANDUNGI; i) RUANG PEJABAT ii)GERAI MAKAN iii)RUANG PERNIAGAAN DI ATAS LOT PT , MUKIM BUKIT BARU, DAERAH JASIN, MELAKA UNTUK TETUAN PERTAM.








Pusat Pelajar, UiTM Machang, Kelantan

Idealogi… 

Penyampaian dalam merekabentuk haruslah seiring dengan keinginan persekitaran dari segi politik, ekonomi dan juga sosial.

‘teratak minda’ hanyalah gelaran untuk bangunan cadangan. Persoalannya?

Bagaimana memaksimumkan penggunaan teratak minda? secara asasnya, adakah reka bentuk teratak minda boleh memberi keuntungan secara total kepada politik, ekonomi, social, masyarakat dan paling utama kepada pemilik itu sendiri.

Fungsi dan pengguna kepada bangunan mempunyai hubungan yang jitu dan ditambah dengan rekabentuk yang indah serta masih mencerminkan budaya masyarakat tempatan.

Rekaan yang memperbaiki kualiti kehidupan tanpa melupakan hak kebebasan pengguna dalam menikmati masa berehat, bekerja, belajar, membeli belah dan masa mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.




Fundamental…
Secara asasnya rekaan adalah berupa bentuk plastic,yang bermaksud rupabentuk yang terukir dan geometric.

Bentuk bumbung tinggi ataupun ‘tudor’ adalah penganti kepada bentuk kubah. Rekaan ini mempunyai maksud tersirat yang membawa kesedaran kepada kita tentang kekerdilan kita dari perbagai segi untuk dinilai dengan kekuasaan sang pencipta.

Maksud tersurat adalah kebagusan dari segi pengaliran udara, penuetralan antara udara panas dan sejuk dan juga pencahayaan.

Rekaan yang mempunyai penyampaian tersendiri dalam memberitahu persekitaran yang setiap insan mempunyai kapasiti yang sama dalam pembelajaran, walaupun mempunyai pemikiran yang berlainan tetapi memiliki keinginan dan perasaan yang sama apabila berada di dalam bangunan.



Konsep…
rekaan kuantiti dan qualiti tingkap dari segi saiz untuk membolehkan penuntut menikmati keindahan luar bangunan, menerima cahaya semulajadi dan mengadakan udara.

Ruang terbuka yang direka adalah untuk merapatkan pemahaman penuntut kepada alam semulajadi, dan walaupun mempunyai saiz yang sederhana tetapi memberi impak yang besar kepada pengaliran udara dan pencahayaan.

Setiap sudut direka bersegi untuk memberi keuntungan kepada penuntut untuk menikmati ruang dan pandangan dari sudut yang berbeza.

Rekaan yang menyediakan ruang-ruang hijau untuk memberi kesegaran kepada penuntut samaada ketika berada di luar ataupun di dalam bangunan.

bilik dan ruang menepati kehendak pengguna dari segi pergerakkan ada atau tanpa barangan, keselesaan sirkulasi dan hubungan antara ruang dengan ruang dan ruang dengan pengguna.

satu titik tengah yang mempunyai hubungan dengan semua jalan keluar untuk mengambil kira aspek keselamatan penuntut dan melimitasikan jarak antara bangunan persekitaran.

kepentingan dan kebersamaan hak OKU, penyediaan ramp laluan, susunan ruang yang mudah dan laluan keselamatan.

bumbung bergenting leper yang diseragamkan dengan persekitaran untuk memberi kepentingan sejarah dan sebagai elemen yang meberi kesan kepada pandangan.

lantai yang mengikut alunan tapak, bertangga untuk dijadikan sebagai elemen daya cipta yang ekonomikal bagi bangunan di kawasan tapak yang curam.







Alpha Villa - Mr. Fakrul

Appt. Alpha Villa, Lokasi Wangsa Maju berhampiran Alpha Angle. Kos Keseluruhan projek adalah RM20,000. pengkhususan kepada Ruang Tamu, Ruang Makan & Dapur.



laminated flooring, glossy paint and formica finishing

Thursday, August 19, 2010

tropikal villa - Interior Design

".....memiliki Apartment hari tu, rekabentuk yang ringkas dan keluasan yang memadai untuk 3 atau 4 penghuni..dengan dana yang ketat, dapat juga aku buat ianya jadi lebih menarik, urban, kontempori dan selesa..aku gunakan kesemua ruang untuk hiasan dan penggunaan warna pada bahagian-bahagian tertentu untuk menaikkan mood suasana...."

"..penggunaan cermin yang besar dan banyak dapat memusingkan minda manusia agar menerima kesempitan sesuatu ruang itu kelihatan besar.."

"...jadi aku percaya dengan adanya ide yang mempunyai hubung kait terus dengan lingkungan, persekitaran dan budaya maka sesuatu hasil itu akan dapat dinikmati dengan lebih telus dan positif...."
"...tapi harus ditanam dipemikiran bahawa kemurniaan hidup itu terbentuk hasil dari keselesaan, keselamatan, ketahanan, asli dan indah jika kita berbicara dari bahasa reka bentuk..."